MARI MENGENALI BUMI :)

BENTUK MUKA BUMI DI SIBERIA

BENTUK MUKA BUMI DI GREENLAND

BENTUK MUKA BUMI DI GURUN THAR

SALIRAN

  1. Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya.
  2. Terdapat beberapa jenis pola (corak) saliran seperti pola saliran reranting, jejala, sepunca(jejari), bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat.

Pola saliran reranting





  • Berbentuk seperti ranting pokok
  • Cawangan-cawangan sungai bercantam dengan sungai utama paa sudut kurang dari sudut tepat
  • Terdapat kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan 
  • Contoh: Sungai Pahang , Sungai Kelantan



    Pola saliran jejala
    • Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli
    • Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut
    • Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat
    • Contoh: Sungai Perak
    Pola saliran selari
    • Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain
    • Terdapat di cerun ceram
    • Contoh: Sungai Kinabatang

    Pola saliran gegelang
    • Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun  dari puncak gunung dan bersantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah
    • Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai

    Pola saliran jejari
    • Berbentuk seperti jejari roda
    • Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung
    • Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah

    BANJARAN TITIWANGSA



    Banjaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.

    Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest.

    Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Genting Highland dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu.

    Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2100 meter dari aras laut.

    Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan.

    BANJARAN BINTANG



    Banjaran Bintang terletak di Perak .Banjaran ini terletak di sebelah barat. Di atasnya ada beberapa buah gunung dan bukit seperti Bukit Bokbak (1199 m) , Gunung Bintang ( 1882 m) , Gunung Ina ( 1801 m) , Gunung Ulu Jernih dan bukit yang lebih rendah.
    Sesetengah banjaran menjadi garisan sempadan antara negara , sempadan antara negeri atau sempadan antara daerah.

    GUNUNG TAHAN



    Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunug Kinabalu.
    Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

    BANJARAN TAMA ABU



    Gunung Tama Abu yang terletak di Banjaran Tama Abu Sarawak, [[]]mempunyai ketinggian setinggi 2,113 meter (6,930 kaki).
    Gunung Tama Abu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane,dan Hutan Ericaceous atau hutangunungTerdapat banyak flora di gunug ini yang mempunyai nilaiperubatan.

    BANJARAN CROCKER



    Banjaran Crocker ialah gunung yang terbesar dan tertinggi di Malaysia.Banjaran Crocker menganjur dari timur laut ke barat daya Sabah.Kemuncak tertingginya ialah Gunung Kinabalu (4102 meter),gunung yang tertinggi di negara kita dan di Asia Tenggara.Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu terletak di sana.

    PEMBENTUKKAN GUNUNG LIPAT DAN PROSES LIPAT KERAK BUMI



    Pergerakan kerak bumi secara besar-besaran akibat daripada kuasa mampatan menyebabkan kerak bumi berlipat .Lapisan kerak bumi yang melengkung ke atas membentuk gunung lipat.

    PEMBENTUK BANJARAN GUNUNG DI MALAYSIA

    1.Banjaran gunung di Malaysia terbentuk akibat proses lipatan kerak bumi.

    2.Terdapat dua jenis gunung lipat , iaitu:

    (a)Gunung lipat muda

    • Bermula dari Pusaran Pamir menganjur ke Banjaran Himalaya,ke Myanmar ,dan bersambung ke Sumatera dan Borneo lalu membentuk Banjaran Kapus Hulu, Banjaran Crocker,dan Pergunungan Iran.
    (b)Gunung lipat tua
    • Bermula dari Dataran Tinggi Yunnan menganjur ke Thailand dan membentuk Banjaran Titwangsa.
    3.Ciri-ciri gunung lipat muda
    (a) Terbentuk kira-kira 30-50 juta tahun dahulu
    (b) Kasap dan tinggi
    (c)Mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi
    (d) Terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik
    4.Ciri-ciri gunung lipat tua
    (a) Trbentuk kira kira 200 juta tahun dahulu
    (b) Megalami gondolan ,lebih raat,dan lebih rendah
    (c) Stabil