- Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT hingga 120oT.
- Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar, Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
- Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.
- Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera) oleh Selat Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau.
- Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.
- Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil.
- Negeri-negeri di Malaysia :
Bil.
|
Negeri
|
Ibu negeri
|
1
| Perlis | Kangar |
| 2 | Kedah | Alor Setar |
| 3 | Pulau Pinang | George Town |
| 4 | Perak | Ipoh |
| 5 | Selangor | Shah Alam |
| 6 | Negeri Sembilan | Seremban |
| 7 | Melaka | Melaka |
| 8 | Johor | Johor Bahru |
| 9 | Pahang | Kuantan |
| 10 | Terengganu | Kuala Terengganu |
| 11 | Kelantan | Kota Bharu |
| 12 | Sabah | Kota Kinabalu |
| 13 | Sarawak | Kuching |
KEISTIMEWAAN MALAYSIA
- Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat.
- Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkan Malaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan.
- Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan.
- Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjang tahun.
- Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian, perikanan dan perlombongan.
No comments:
Post a Comment
komen laa sikit... ^^